Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

UDANG LEMAK BERTOMATO & CENCARU GORENG SAMBAL BELACAN.

Assalamualaikum, Salam Ramadhan ... dah masuk hari ke 8 kita berpuasa.. masih bertahan dengan menu di dapur sendiri.. hati masih belum ada keinginan utk ke bazar ramadhan.. tak tau la pulak esok lusa.. harap berpanjangan hingga kepenghujungnya..

Masak ringkas2 sahaja.. yg penting memenuhi selera org berpuasa..

UDANG LEMAK BERTOMATO
Bahan:
400 gm udang (bersihkan)
1 biji bawang besar , potong2
3 ulas bwg putih, dimayang
6 biji lada hijau, dimayang 
2 biji tomato ( potong ikut suka)
1 sb sos tiram
1/2 cwn santan
garam secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara2
1. Panaskan minyak dan tumiskan bwg putih dan bwg besar, kemudian masukkan lada hijau.gaul rata
2. Masukkan udang, gaul rata, biarkan separuh masak, masukkan sos tiram.
3. Masukkan santan , hampir mendidih masukkan tomato dan perasakan garam.

CENCARU GORENG SAMBAL BELACAN
bahan2nya
Ikan cencaru di goreng
Sambal belacan + perahan air limau kasturi + hirisan kulit limau kasturi..


Tuesday, December 7, 2010

Kari Ikan Tenggiri

Kari.. senang jer masaknya kan.. klau tak tau boleh tengok rspi kt belakang bungkusan serbuk kari tu.. itu cara dulu2 sy belajar masak.. tpi sekarang ni tak yah tgok2 lagi.. bukan la terer mana.. tpi bolehlah utk memenuhi selera en hb n anak2...
sayur sawi goreng + ikan masin sepat goreng+ malas pulak nk buat smbl belacan..

Monday, August 16, 2010

Ramadhan 6: Asam Pedas Ikan Merah

Makan2 buka puasa di Ramadhan 6...Asam Pedas Kepala Ikan Merah n Sayur Sawi Goreng
Ikan goreng...

Sunday, January 17, 2010

Salmon Panggang Asam..

Kita panggang salmon ni.. lumur asam jawa n garam.. panggang.. mkn cicah sambal lonteh..

Saturday, December 12, 2009

Siakap Kukus

Jom makan... sebelum makan kene masak dulu...

Bahan2..
1 ekor ikan dibersihkan perapkan bersama lada putih, garam n tepung jagong
4 btg serai serai/ 1 biji bawang besar/3 ulas bawang putih/3 inci halia muda/ 1/2 inci lengkuas/15 biji cili padi /daun limau purut... semua di hiris halus...

perahan 2 - 3 biji limau nipis/2 sb sos ikan/3 sb sos tiram/1 sb minyak bijan minyak msk pun boleh ..gula n garam ikut rasa/ 1/2 cwn air/ 1/2 sb tepung jagong.. campurkan kesemua bahan2 n letakkan@ratakan atas ikan...

taburkan hirisan daun ketumbar n bawang.. kukus 20 minit/hingga masak...

dah siap.... menu semalam yer...

Saturday, November 7, 2009

Sunday, August 9, 2009

Salmon Goreng Asam

Tiru selera Ijan... selera jer tau.. kebetulan ada sepotong salmon yang dah lama bertapa dlm peti ais tuh.. so mmg tak kuasa nak msk western stail.. kita layan kampung stail.. pekene dgn sambal belancannn .. vs sayur kurma...pergghhh....mmg sedapppp... resepi asal oleh Ha Sue... tq Ha Sue n Ijan ek...

Friday, July 10, 2009

Kari Ikan Merah..

Awas.. ini siaran tertunda.. masak2 hr rabu... dah lama tak msk kari .. mmg best.. kari vs smbl lonteh vs kobis goreng vs telur masin.. jgn lupa nasiiii....

Sunday, July 5, 2009

Ikan Bawal 3 Rasa

Menu hr sabtu jugak.. berkenan masa mengintai dapur kak ina kl... tuan rspi asal cik mat gebu.. tq CMG ..rspi CP dr rmh kak ina... TQ kak ina juga...

Bahan Utama:-
2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
3 camca besar tepung jagung (*ni Ummi tambah)
4 batang putik jagung - hiris serong
1/4 ketul bunga kobis - potong kecil
1 batang lada merah - akak potong memanjang
1 batang seleri - hiris serong-tak letak
1 biji tomato - belah 6
1 camca besar gulaAkak tambah ---capsicum dan cili hijau
Bahan Tumis:-
1 biji bawang besar - akak hiris bulat
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - diketuk
1 camca besar cili kisar
Bahan Sos:-
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap cair
Cara Memasak:-
Lumur ikan yang telah dicuci bersih dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata.
Masukkan semua jenis sayuran dan masak 2 - 3 minit.
Masukkan kicap cair dan gula. Kacau rata.
Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul dengan sos biar mesra.
Angkat dan hias dengan daun salad sebelum dihidangkan.


Thursday, June 25, 2009

Singgang Ikan Selar

Makan petang aka makan malam... masak terpaksa.. dah msuk minggu ke 2 layan lauk kedai.. cam dah tak boleh lalu kat tekak.. so dengan ke'buzy'an n kemalasan memanaskan enjin2 yg ada didapur.. ikan goreng, bendi goreng berlada n nasi panazzzz... jom makann.. sedap ni siap hirup2 kuah lagi.. sesuai dengan selera n keadaan cuaca yg panazzz ...

Saturday, June 13, 2009

Ikan Bakar Portugis

Sedap ikan bakar nih.. rspi dr dapur noreen 'my home cooking blog' , rsp CP dr blog noreen.. TQ noreen..

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung.. ( sy guna 4 keping ikan tenggiri)
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil
Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis
cara:
1. lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
2. panaskan minyak ,tumis bahan2 kisar sehingga wangi
3. masukkan sos cili thai dan kacau rata ,bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
angkat
4. letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
sudukan sedikit kuah ,letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
5.taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
6. bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
7. boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper
source: puan norzailina nordin

Thursday, May 28, 2009

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin